Seekor kucing yang terperangkap di atas tiang elektrik setinggi 30 kaki selama 24 jam berjaya diselamatkan.
Kucing hitam putih bernama Betty itu pada mulanya memanjat struktur kayu itu namun takut untuk turun semula.
Syarikat utiliti, Western Power Distribution menutup bekalan elektrik untuk jalan itu supaya mereka dapat menyelamatkan kucing tersebut.
Bomba turut berada di tempat kejadian bagi menunggu untuk menyambut sekiranya kucing itu terjatuh.
Bagaimanapun, Betty berjaya diturunkan dengan selamat.
Penduduk, Myrtle Parker berkata: "Kami terdengar bunyi mengiau sehari sebelum, namun kami tidak terfikir bunyi itu datang dari tiang setinggi 30 kaki.
"Kemudian hari ini kami melihatnya di atas itu. Dia mesti sudah berada di atas sana sejak siang semalam.
Sumber: Dailymail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan