Sabtu, 23 Ogos 2014

Rezeki Banjir: Kakitangan UMK Tak Sangka Pukat Yang Ditahan Dalam Air Banjir Berjaya Perangkap Ikan Pelik


KOTA BHARU - Siapa sangka, banjir kali ini turut menghasilkan 'rezeki ikan pelik' kepada seorang kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) semalam.

Khairudin Mat Lazim, 36, terkejut apabila pukat yang ditahannya berjaya memerangkap seekor ikan eksotik predator yang mempunyai rahang seperti buaya serta sirip keras dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang semalam.

Pukat itu ditahan di Kampung Berhala Lima di Limbat di sini dan berjaya memerangkap ikan satu meter panjang dan seberat tiga kilogram itu.

"Saya tidak menyangka pukat yang ditahan dalam air banjir menghasilkan rezeki ikan 'pelik' bersama berpuluh-puluh ekor keli Afrika yang tersangkut.

"Pada awalnya ikan itu disangkakan ikan palmas atau spesis ikan naga namun melihatkan struktur rahangnya yang keras, gigi yang tajam dan agak agresif untuk dilepaskan dari pukat banyak menimbul keraguan saya untuk mengklasifikasikan jenis sebenar ikan ini," katanya sebagaimana lapor Kosmo!

Hasil tinjaun Siakap Keli di Mudah.my mendapati harga ikan jenis Alligator Gar yang mempunyai panjang yang hampir sama itu dijual pada harga RM1,000.


Sumber: Kosmo! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan