Isnin, 22 Julai 2019

Zombi Kampung Pisang (2007)


Zombi Kampung Pisang ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah berpengalaman, Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2007. Filem yang dibintangi oleh penyanyi rock popular, Awie, AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Man Kadir, Zami Ismail, dan Soffi Jikan ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang semasa kejadian zombi berlaku. Filem ini merupakan filem zombi pertama di Malaysia.




Muzikal Lawak Superstar (2019) HDTV


Muzikal Lawak Superstar menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 42 peserta di mana setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang pelawak dan seorang pelakon / penyanyi / selebriti popular. Program ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda akan menyaksikan penglibatan pelawak dan artis tanah air seperti Elly Mazlein, Achey, Fad dan Abam Bocey, Shura, Ain Endruce, Black, Tomok, Ali dan Mamak Puteh, Rahim, Tauke, Khir Rahman, Sharif dan Atu Zero dan ramai lagi.



Burger Layan Diri (2010)


Sinopsis: Telefilem Burger Layan Diri ini mengisahkan tiga sahabat yang malas bekerja dan suka berangan-angan, untuk memiliki hati Salmah yang merupakan seorang gadis cantik di kampung mereka.

Pada suatu hari mereka mendapat idea untuk membuka gerai burger bagi mengubah kehidupan mereka. Pada mulanya perniagaan mereka adalah maju tetapi didorong dengan sifat kemalasan yang sedia ada, mereka memperkenalkan teknik burger layan diri. Siapa yang nak beli, dia kena buat sendiri. saksikan kesudahan nasib mereka..

Pelakon: Kumpulan Sepah (Shuib, Jepp, Mamat) Mariam Rahman, Nurdayana, Yaya Ma'Embong, Khaty Azean, Kuna, Kamal Bakar dan ramai lagi.




Sepah The Movie (2012)


“Sepah The Movie”, mengisahkan ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Jep, Shuib dan Mamat berkawan rapat sejak dari kecil dan mempunyai hobi yang sama iaitu obses dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai ’Sepah’ merupakan juara sukan tersebut di sekitar Johor Bahru.

Dalam pada itu, mereka menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka. Munculnya seorang gadis cantik bernama “ Ayu sofea “ ,yang bertugas dibahagian “Training “ (trainer) dikilang elektronik tempat mereka bekerja. Tiga bujang Sepah mengambil peluang tersebut untuk memujuk hati Ayu Sofea terutama Jep.

Mampukah Jep memenangi hati Ayu Sofea? Bagaimana Jep berhadapan dengan Shuib dan Mamat dalam mendapatkan semula Ayu Sofea?

Jumaat, 19 Julai 2019

Sepahtu Kepok Bonda (2014)


Sinopsis: Mengisah Pak Ya Mempunyai 2 orang anak lelaki yang agak malas, Jep dan Shuib selalu bangun lewat dan jarang membantu kerja-kerja rumah. Pada suatu malam kedua-dua anak lelaki tersebut telah melihat ayah mereka dalam keadaaan kesedihan kerana belum dapat menunaikan hasrat untuk membina kepok untuk arwah isterinya. Lalu timbul keinsafan di dalam diri mereka dan bertekad mencari duit untuk membantu ayah mereka dengan membuat pelbagai pekerjaan di kampung mereka. Satu hari ketika membantu mak Dara menjemur kain, mereka terpandang seorang gadis cantik iaitu Elly anak kepada Mak Dara, maka bermulalah episod percintaan masing-masing untuk menawan hati Elly. Saksikan kisah selanjutnya....

Sepahtu Kisah Tauladan (2016)


Sinopsis: Mengisahkan mengenai seorang budak yang nakal iaitu Jep yang mula berubah selepas satu kejadian di bulan Ramadan. Menjaga kebajikan sebuah surau, Jep berdepan dengan dugaan apabila geng lamanya melakukan sabotaj.

Pelakon: Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Amira Othman, Zul HandyBlack

Sepahtu Mercun Raya (2016)


Sinopsis: Jep dan Shuib merupakan dua budak nakal di kampung. Pada hari pertama ramadan, mereka bermain mercun sehinggalah tiba tiba mercun itu terkena sebuah lori lalu kemalangan. Mereka bernasib baik apabila lori itu membuwa muatan mercun seludup.Mereka menjual mercun itu sedikit demi sedikit dan gembira dengan wang yang diperoleh. Namun tanpa disangka, mereka dihantui hantu cina iaitu pemandu lori tersebut yang cuba menuntut kembali mercun-mercun miliknya.
Pelakon: Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Izreen Azminda & Chiwan Chilok

DOWNLOAD

Sepahtu Cinta Plastik (2016)


Sinopsis: Seorang despatch (Jep) memikat seorang anak hartawan (Aleysa) dengan strategi yang diaturoleh bapa Jep (Ebby Yus). Kisah ini lebih menunjukkan bagaimana ragam Jep dan bapa Jep yang mengatur strategi untuk memikat Aleysa dengan berbagai karenah komedi hingga berjaya

Pelakon : Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Sasqia Dahuri, Ilya Senario,