Selasa, 24 Januari 2017

Inilah 4 Penggusti WWE Yang Hero Dalam Gelanggang Tetapi Zero Di Luar Gelanggang







Kredit foto: Mind of Carnage

Batista
Dalam gelanggang beliau dianggap seperti hero. Dijulang, dirai dan dipuja setiap kali memenangi perlawanan. Namun begitu, di luar gelanggang, para peminat WWE tidak menyukai sikap Batista. Ini kerana, melalui buku biografinya yang dikeluarkan oleh WWE yang bertajuk ‘Batista Unleashed’ pada tahun 2007, telah didedahkan bahawa Batista telah curang terhadap isterinya dengan menjalin hubungan cinta bersama diva WWE iaitu Melina.
Apa yang membuatkan para peminat WWE semakin benci pada Batista ialah, kecurangan ini berlaku di saat isterinya sedang berjuang menentang penyakit kanser yang dihidapinya. Oh, teruknya perangai kau Batista!
wwe
Kredit foto: MMA Oddsbreaker

Brock Lesnar

Di samping pernah menempa nama dalam arena WWE, Brock Lesnar juga telah mencuba untuk menjadi atlit cemerlang dalam sukan Mixed Martial Arts (MMA). Namun begitu, para peminat sukan MMA kurang berkenan dengan sikap Brock Lesnar apabila beliau sering mengejek dan mengetawakan lawannya apabila beliau berjaya mengalahkan lawannya.
Selain itu, Brock juga seorang yang tidak mesra apabila ditemuramah. Pada tahun 2011, semasa ditemuramah oleh Jonathan Snowden, beliau tidak menjawab kebanyakan soalan dengan memberikan jawapan seperti “Soalan seterusnya” dan juga “Ini bukan urusan kamu”. Eleh, mentang-mentang dah jadi bintang, nak berlagak pula.

Kredit foto: Youtube

Triple H

Perangai Triple H menjadi semakin teruk apabila beliau berkahwin dengan anak pemilik WWE iaitu Stephanie McMahon. Perkahwinan ini menyebabkan Triple H menjadi berkuasa dalam menentukan keputusan pengurusan WWE. Seorang diva WWE iaitu Chyna yang juga bekas kekasih Triple H, mendapati dirinya mendapat layanan yang teruk selepas Triple H menjalin hubungan dengan Stephanie.
Selain itu, Triple H juga mampu melakukan apa sahaja yang berada di bawah bidang kuasanya untuk menghalang mana-mana atlit agar tidak menempa nama sehebatnya. Antara atlit yang menjadi mangsa Triple H ialah Rob Van Dam, Booker T dan Chris Jericho. Huh, main kabel lah pulak Triple H ni!

Kredit foto: The Workprint

Hulk Hogan

Hulk Hogan adalah seorang penggusti yang cukup popular sebelum WWF bertukar menjadi WWE. Selain popular, beliau juga sering dianggap hero. Tidak kiralah siapa yang menjadi lawan Hulk Hogan, para peminat WWF pastinya akan membenci lawan beliau kerana telah menyukarkan urusan hero mereka. Hulk Hogan sememangnya disayangi dan disanjungi oleh peminat-peminat gusti.
Namun begitu, segalanya berubah pada tahun 2015 apabila satu sedutan audio telah tersebar kepada umum di mana di dalam audio tersebut beliau telah mengungkapkan kata-kata berbaur perkauman apabila beliau mengetahui anaknya sedang menjalin hubungan cinta dengan lelaki kulit hitam.
Tindakan ini telah menyebabkan WWE telah memecat Hulk Hogan dan beliau juga kehilangan kontrak penajaan daripada syarikat-syarikat yang pernah menajanya sebelum ini. Tetapi, apa yang paling teruk ialah, apabila tersebarnya audio itu, imej Hulk Hogan dikalangan para peminatnya menjadi hancur berderai kerana tidak menyangka bahawa hero mereka adalah seorang racist. Hulk Hogan, kau ni memang ‘from hero to zero’ betullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan