Isnin, 22 Julai 2019

Zombi Kampung Pisang (2007)


Zombi Kampung Pisang ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah berpengalaman, Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2007. Filem yang dibintangi oleh penyanyi rock popular, Awie, AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Man Kadir, Zami Ismail, dan Soffi Jikan ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang semasa kejadian zombi berlaku. Filem ini merupakan filem zombi pertama di Malaysia.




Muzikal Lawak Superstar (2019) HDTV


Muzikal Lawak Superstar menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 42 peserta di mana setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang pelawak dan seorang pelakon / penyanyi / selebriti popular. Program ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda akan menyaksikan penglibatan pelawak dan artis tanah air seperti Elly Mazlein, Achey, Fad dan Abam Bocey, Shura, Ain Endruce, Black, Tomok, Ali dan Mamak Puteh, Rahim, Tauke, Khir Rahman, Sharif dan Atu Zero dan ramai lagi.



Burger Layan Diri (2010)


Sinopsis: Telefilem Burger Layan Diri ini mengisahkan tiga sahabat yang malas bekerja dan suka berangan-angan, untuk memiliki hati Salmah yang merupakan seorang gadis cantik di kampung mereka.

Pada suatu hari mereka mendapat idea untuk membuka gerai burger bagi mengubah kehidupan mereka. Pada mulanya perniagaan mereka adalah maju tetapi didorong dengan sifat kemalasan yang sedia ada, mereka memperkenalkan teknik burger layan diri. Siapa yang nak beli, dia kena buat sendiri. saksikan kesudahan nasib mereka..

Pelakon: Kumpulan Sepah (Shuib, Jepp, Mamat) Mariam Rahman, Nurdayana, Yaya Ma'Embong, Khaty Azean, Kuna, Kamal Bakar dan ramai lagi.